Semalam 15 Ramadhan 25/8/2010, entah kenapa petang masa ambik anak2 aku kat rumah pengasuh, syafiq tak nak duk dalam baby carrier, aku letak je, dia terus niarap dalam bb carrier tu,2-3 kali jugak aku cuba betulkan kedudukan dia tapi dia masih nak niarap jugak. aku tak ada pilihan pindah kan siddiq duk depan (seat biasa) syafiq aku ikat dia dekat car seat siddiq, kemain suka syafiq duk situ..bising betul la mulut dia.
Sampai saja dirumah nampak dah motor suamiku (dlm hati cepat pulak abg sampai umah)lepas tu aku keluarkan beg anak & beg mengepump aku,then ambik syafiq pulak pehtu baru ambik siddiq..alaa lupa pulak nak bawak keluar kuih2 yg aku beli kat PARAM tadi then aku keluar balik,bukak pintu kereta sebelah pasengger depan, motor betul2 sebelah pintu passenger..tapi still ada ruang la untuk bukak pintu kereta tu..sekali aku tengok bersepah pulak seat depan tu dgn coco crunch siddiq, aku bersihkan dulu sambil2 tu aku nampak siddiq dah keluar dari grill sambil2 tu aku perhatikan dia..aku pun campak la coco crunch tu dlm longkang depan rumah, bila aku berpaling je kebelakang siddiq dah bediri tepi motor & nak pijak pemijak motor tu..aku baru bukak mulut nak kejar dia gedegang motor jatuh himpap siddiq..aku menjerit sampai suami & jiran aku kelam kabut dtg..dalam hati ni hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu..macam2 yang aku fikir..Ya Allah selamatkan siddiq dengan sepantas kilat aku angkat motor, siddiq terus nak bangun tp macam tak boleh, aku masih memegang motor..sampai je suamiku..aku suruh dia terus dukung siddiq cek siddiq..sementara jiran aku ambik motor dari aku then tegakkan...aku belek2 siddiq suh dia bediri..tapi siddiq diam je sebab terkejut, aku dah mula panik..Ya Allah jangan la jadi apa2 kat siddiq...aku peluk siddiq, aku berfikir sejenak,aku bersalah pada siddiq, aku menyesal, aku menangis..siddiq masih trauma still diam lagi..dlm 10 minit lepas tu aku suruh dia berdiri, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..siddiq boleh berdiri takde cedera apa-apa, miracle happened..rupanye kereta penyelamat siddiq..motor tu jatuh kena kereta meaning motor tidak betul2 jatuh sepenuhnye menghimpit siddiq ..aku bersyukur lagi sekali..Allah jua penyelamat siddiq...Alhamdulillah..aku akan lebih berhati2 selepas ini..maafkan mama siddiq..sekian
for mothers out there...arjuna beta - fynn jamal
9 years ago