Monday, May 23, 2011

Nukilan Hassuria - 10th May 2011

Nota Rahsiaku Untukmu - Wanita,Isteri dan Kekasih

Lewat mentari pagi menyelubungi datang seorng hamba Allah,
bertanya kepadaku!Aju bagaimana caranya hendak menundukkan suami?

Aju dukun mana hendak ku temui ,agar suamiku sentiasa mengikut kemahuanku?
Sahabat, aku baru lagi dalam perihal berumahtangga,umurku baru menjangkau 32,
usia perkahwinanku jua masih baru..emm kenapa aku perlu menasihatkan mu??
aku bukan wanita moden,aku cuma berpegang pada pengalaman duka lara ketika aku masih kecil..melihat goncangnya rumahtangga orang tua,bukan dukun,bukan pawang kutemui..tetapi sedikit kematangan,sedikit pengalaman yang bersulam limpahan airmata,menjadi pegangan aku! apatah lagi aku wanita yng bergelar IBU,sedang kamu sudah separuh abad dariku!!namun atas dasar sahabat,aku bukakan nota rahsia serta ilmu yang ada.

Sahabat dengarkan suara hatimu!berlembutlah dengan dia ketika dia memerlukanmu,jadikan dirimu wanita lemah dihadapannya!jadikan dirimu wanita manja tiada berdaya!TETAPI bila dia ingin bersama jadikan diri mu wanita lasak pantang digoda,tegapkan pendirian mu..jika ada yang tidak berkenan dihatimu,namun fikir semula apa yang dia pinta ,tak salah jika kita tidak terlalu berkira,jadikan Keluarganya,keluargamu jua, buang perkataan mertua gantikan dengan ibu dan bapa!

ingat kan dia akan kewajipannya..peluklah dia tika ada ruang masa,namun jangan berlama merajuk darinya..cukuplah sekadar sejam jngn lebih dari itu,berlembut ketika bersamanya lunakkan suaramu..mainkann airmata mu..tak perlu keluarkan sen untuk itu semua,relakan dirimu menjadi miliknya..tak perlu berdukun hanya untuk menambah dosa yakinkan diri tiada manusia yang sempurna,pandang dan lihat rumahmu jadikan ia kerajaan kemulian dan sentiasa hanya untk kalian bercinta.anak bukan alasan..tua,muda bukan ukuran

HITUNGKAN NIKMAT YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADAMU KETIKA BERSAMANYA

peganglah kata cerdik pandai AJAL,MAUT,JODOH pertemuan hanya ditangannya,sahabat aku bukan WANITA SEMPURNA! aku jua pernah berdosa,namun aku tersedar sebelum lewat masanya..garapkan didalam dirimu,lakukan YNG TERBAIK mengikut kemampuan mu,jadikan Ilmu sahabat baikmu!pinta lah nasihat orng2 yng tua darimu! Bukan aku..kerana aku jua adalah penagih ilmu yang sentiasa mencari dan terus mencari kerana aku rasakan tidak pernah cukup apa yng ku ketahui,sebelum itu lihat dulu kehidupannya ,pandang dulu nilai murninya!

Fikirkan dulu sebelum kau membuat keputusan!INGAT kuasa TUHAN tiada sempadan, berwangilah dikau tika berada disampingnya..hantarlah dia hingga kepintu saat dia mahu berkerja..lambaikan kasih padanya hingga dia hilang dari pandangan mata.doa kan dia sentiasa selamat dan sejahtera..sambut lah ia dengan pelukan..dan senyuman..jika itu semua tidak menjadi..pasrah dan tawakal pada yng Esa..kerana DIA lebih tau yang terbaik buat kita..buat sahabat ku wanita dan kekasih bersihkan hati mu..bersujud dan mengadulah pada Dia yng tak pernah mengkhianatimu,kerana Dia lah pendengar paling setia..pandang dan renung insan kesayangan mu dengan pandangan cinta..bukan pandangan yng penuh kebencian dan sentiasa mencari kekurangannya..

Kerana kadangkala kita JUA LUPA..kita sendiri pun tidak SESEMPURNA MANA!!!

by Qaseh Aju/Hassuria

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MyWorld,MyLife,MyBiz Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template