Thursday, May 5, 2011

Nukilan Hassuria - 22 April 2011

Malam Aku Dan Mereka

Malam ini tika menyusuri kalungan pencari rezeki, ku lihat bermacam gaya manusia lalu dihadapanku, aku mula berfikir sebelum mereka ke sini ! bagaimana kehidupan mereka,tua,muda,gemuk,kurus,miskin kaya semuanya sama dipandangan mataku, yang cantik paras rupa,segak bergaya..hodoh dan tiada apa! darah mereka tetap merah,mereka tetap bernafas walau dalam payah mencari sesuap nasi.

Malam ini kurasakan berbahang di penjuru mataku, ada air jernih yng mengalir dikelopak kolam beningku,terharu ,pilu memuji kebesaranmu, aku disini terus memerhati bertanya pada diri siapa aku siapa kalian yang berlalu dihadapanku, kulihat anak2 kecil berlari penuh girang ..terkedu aku sebentar bagaikan halilintar mula menerjah kotak fikiranku, kalian akan dewasa!dan mungkin jua ada antara kalian yang akan seperti aku.. memerhati manusia sambil berfikir akan hari esok yng tidak menentu.. tika aku termenung aku disapa manusia yang mencari rezeki dengan meminta.. kulihat dan kutatap matanya lalu aku berfikir sampai bila? adakah ini pengakhiran hidupmu ,adakah ini noktah tertinggi yng kau perolehi, meminta dan terus menangih sempati, Demi tuhan yang menciptakan aku, demi tuhan hidup dan matiku, aku malu,aku malu kerana aku sering melupakan Mu..

Malam ini kucoretkan kata hati .walau sukar difahami.. hanya mereka yng mengerti erti hidup...payahnya bernafas dalam realiti.. malam ini aku bangkit dan akan berlalu pergi,mencari siapa diri ini ..biar payah tetap ku langkahi.. walau darah manjadi penganti,walau nyawa bertukar ganti.. aku rela demi ketenangan ..dan kebahagian walau belum pasti demi Dia dan demi mereka ..biarkan aku terus mencari.. menuju jalan Tuhan yang ABADI.

By: Hassuria Aju

Nota Kaki : Tidak dibenarkan Cut & paste..sila mintak kebenaran dahulu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MyWorld,MyLife,MyBiz Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template