Sunday, July 22, 2012

Ikan Susu kukus bersama Nenas

salam...agak lama tak update blog, sebelum tu nak wish to all selamat berpuasa..skrg ni agak bz...tak sempat nak masuk internet....kat rumah pulak susah sangat nak masuk internet

entry kali ini nak share resipi ikan susu steam bersama nenas...selalunye kalau masak steam macam ni tak penah pun letak nenas...al-kisah terletak nenas kebetulan berkunjung ke pasar malam..terjumpa lak nenas yg kecik2 & comel..harga dia pulak RM1 sebiji je..murahkan..so aku rembat la 2 biji



kalau korang ada kuali besar utk kukus tak payah la potong 2 ikan ni..(sebenarnye bukan kukus sangat pun..aku masuk kan je dlm kuali campak2 je bahan2 yg patut then aku tutup kuali tu sampai la masak) ha senangkan...resipi ni sangat sesuai utk yg berdiet


Bahan-Bahan

1 ekor ikan susu
*2 keping nenas (terpulang cara memotongnye mcmana)
*1/2 biji carrot (Sayur ni terpulang jgk nak letak brocoli pun ok)
1/2 biji lemon (ikut citarasa anda )
*2 biji bawang putih
1 tangkai daun parsley (hiasan)
*1/2 potong bawang besar
*1"inci halia
1 sudu kecik garam
1/2 sudu gula (elok rasa dulu sblm letak gula sbb nenas dah maniskan)
1 sudu kecik serbuk perasa (terpulang dengan anda..selalunye kalau dah letak gula tak payah letak serbuk perasa lagi)

Cara-Cara

Masukkan sedikit air dlm kuali (kalau guna pan tu letak setengah je air...masukkan bahan2 bertanda * dah mengelegak masukkan ikan then perahkan lemon..terbalikkan ikan & tutup balik kalau dah mengelegak angkat dan hiaskan dgn daun parsley.

ha senangkan..Selamat mencuba !


2 comments:

Asfaliza Mohd Yatim on July 22, 2012 at 11:41 PM said...

wah nak try la... campak2 je kan. hahahhaa

azie on July 25, 2012 at 10:23 PM said...

hehehe campak2 aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MyWorld,MyLife,MyBiz Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template