Sunday, April 24, 2011

IBU

Tadi aku jalan2 kat pakcik goggle nak cari info..tiba2 ternampak kat satu blog ni, yang pastinye tuan punya blog tu dari seberang juga saudara kita...katanye dia dapat sms ni dari kawan kepada kawan siswa dia..


"Ibu bukan polisi tapi bisa jaga kita
Ibu bukan psikolog tapi bisa memahami kita
Ibu bukan guru tapi bisa mengajarkan banyak hal untuk kita
Ibu bukan Udara namun sanggup memberikan nafas kehidupannya untuk kita
Ibu bukan dokter tapi ibu sanggup mengobati kita,
Ibu bukan superhero tapi sanggup jadi pahlawan bagi kita,
Itulah Ibu sosok luar biasa yang dihadirkan Tuhan untuk kita, bukan untuk kita Lukai tapi untuk kita hargai dan sayangi..."


nak menitik tau airmata aku baca....ya Allah sungguh besar anugerah mu ya Allah pada insan yang bergelar IBU,MAK,MAMA,MUMY & UMMI..

ANAK NAKAL UJIAN ALLAH SWT

Menarik gak artikal ni, peringatan utk saya juga..kdg masa tgh marah kita ikutkan sangat perasaan sampai tak pasan dah terpukul anak dan sebagainye..

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.

“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan

ceduk dr :http://anakkusoleh.wordpress.com

Anak-Anak

Rasa mengantuk betul ari ni, hmmm apa taknye..2 beradik tu smlm lambat sangat tido, rasanye kul 1 kot baru tido...since pukul 10pm lagi mama dah bawak dia org tido..sudahnye mama solat dulu laa...sambil 2 beradik tu main kat toto dia org.

haa nak tau tak apa yg dibuat 2 beradik tu masa mama tgh solat, dia org main baling2 botol susu yg masih penuh kat atas toto..mama yang tgh solat ni dah tak khusyuk dah nii..baling kuat pulak tu sampai terkena dinding..time tu lampu tido berada dlm mode dim so tak la nampak sgt susu tu terpercik...mcmana cara dia 2 beradik tu baling..haa mcm ni kata siddiq "aku pulak,aku pulak...goolll" pehtu adik pulak baling katanye "golll"..adik standard, dia mmg kaki baling barang..apa saja yg dibaling sumanye GOL..

lepas mama abis solat...bukak lampu kalimantan bulat tu..haa ko abis terpercik kena dinding, bantal mama..toto tak yah cakap laa kan...apalagi mama naik antu laa, mula bebel2 & marah siddiq, siddiq tau dia salah..diam jee dia sambil meniarap atas tilam sambil tekup muka..mama geram jentik tinga dia..geram tauu...tiba2 masa mama tgh bersihkan apa yg patut..boleh pulak siddiq nyanyi "insyaAllahhhhh...u find ur wayyyyyy"..gggrrrrr kalau korang kan..korang nak marah ke nak gelak haa ?? mama ni dlm hati rasa nak gelak tp ku tahan jebat..itu laa ragam anak2 ni..wpun tgh marah ada je perangai dia yg buat kita tak jadi marah...si adik pulak diam je sambil perhati.

Thursday, April 21, 2011

Nukilan Hassuria - 17April 2011

Noktah

Bagai rerama hilang warna..menuju jalan yang makin payah..
tersenyum ketawa walau hakikatnya hati ini pasrah..
dalam melayari sinisnya kehidupan mencari secebis kenangan..bersama sekilas pandangan yang serupa.walau watak berbeza...namun kenyataan didepan mata..payah kumengertikan..dalam setiap renungan dalam setiap sentuhan ada perasaan yng mengila..
meminta pulangnya kisah silam ..meminta agar cepat berlalunya masa,
biar aku pergi meninggalkan nya ..meninggalkan semua..
seakan berputar semula meminta aku menyarung sepasang baju kesabaran,,
memakai sepatu kebencian walau hakikat nya hanya dibawah..
namun kasih sayang ini semakin goyah..
bosan..kebencian mula mengetuk ruangan kedamaian..
melihat teriknya bahang mentari seakan mengigatkan aku..kehidupan ini bakal berhenti,namun hati kian meronta...seakan mengemis ketenangan bersama kedamaian..
kerana aku makin tidak kuat menghadapi kenyataan ini..suatu masa kerinduan akan bertandang diruang hidup mu..diketika itu, aku tidak mampu lagi bersuara..

kerana jiwa ku ..kini sudah tiada..

by hassuria

Wednesday, April 20, 2011

SAUDAGAR MUSAFIR CHEESTART GIVEAWAY

salam santai,



Ni kira fist time saya join contest ni....saja nak cuba kot2 boleh menang cheesstart..sedap leee lama tak makan cheesstart tau.

ok mari join kawan-kawan

Tarikh Tutup 30 Mei 2011

Selamat Pagi

assallamualaikum, pagi ni rajin pulak aku nak meraban buat entri baru..mimpi ke apa? ok sebenarnye pagi td dah belek2 blog kawan yg lain...cantik2 blog korang, terasa pulak blog aku la paling buruk dan byk benda yang aku nak buat mcm apa yg korang buat..tp asyik tak jadi je..ada jugak pegi hany punya blog ikut tutorial kat situ..tp ada je yg aku buat tak jadi..ada yg jadi...terima kasih kat hany..nak mintak hany ajarkan macamana nak letak gambar dekat header yg mcm hany buat tu..sapa tau bleh tolong ajarkan yea

sebenarnye dulu aku buat blog gitu2 jee lepas tu tinggalkan sampai blog aku ni dah penuh dengan sawang2..pulak tu aku bukan pandai menulis pun..ayat pun tungang-langang jek...aku mintak maaf laa yea kot2 ada yg tak paham cara aku menulis..byk kekurangan aku nii..tp nak cuba perbaiki insyaAllah

Sekarang ni je baru nak berjinak2 menulis dalam blog ni...harap dapat tunjuk ajar dari blogger lain, komen kalian aku hargai..tak kisah dr sesiapa pun...semoga kita semua dilindungi dan diberkati Allah swt.

Tuesday, April 19, 2011

Susu Ibu

Tiba2 terasa nak buat entry baru ni, cuma nak meluahkan perasaan aku sebagai seorang ibu..aku dalam delima sebenarnye, susu aku memamg tak cukup untuk syafiq..so since syafiq 11 bulan, aku dah start bagi susu anmum pada syafiq..tp susu aku tetap aku bekalkan dlm 5-6oz..tapi lately ni susu aku makin kurang, dah ambik kalsium utk banyakkan susu tp masih dpt 2-3oz sehari, ikutkan memang malas dah nak pump sbb dah sikit sangat.

so delima aku sekarang, syafiq tak suka sgt susu anmum tu, dia tetap suka susu aku..hmmm poor syafiq...aku belum cuba fenugerek (rini betul ke eja nii) & blum cuba shaklee...sbb aku rasa nak pencen mengepump dah..adoii sedih tau sebenarnye tp kesian pulak dengan syafiq...baru ni ada bawak syafiq pegi klinik cekup biasa, berat syafiq maintain jugak tp anak mama tu kuat makan sebenarnye..heran..maybe tak cukup susu

bila difikir balik aku kena berusaha utk up kan balik susu yg dah jauh merundum nii..masih belum terlambat lagi rasanye...uwaaaa nak nangis la...bagi la kata2 semangat untuk aku weeiii

Monday, April 11, 2011

VCD kanak-kanak

SOLD OUT..harap maklum


cepat2 tinggal lagi 1 je lg niii...

Jualan penghabisan stok VCD Adik Pandai..hanya tinggal 4 keping saja lagi..pada sesiapa nak saya bagi diskaun harga biasa RM19.90 sempena penghabisan stok ni saya jual RM16.90 sahaja..sesuai untuk anak2 umur 1-6thn mengenal ABC, alif ba ta,123 (BI/BM)

Kaedah belajar menggunakan VCD Adik Pandai ini adalah sesuatu yang sudah lama dipraktikkan. Dengan metod latih tubi yang berterusan dan berulang-ulang VCD ini telah terbukti membuat anak-anak seawal usia 2 tahun boleh membaca ABC,alif ba ta mahupun satu dua tiga. Perekembangan menarik ini boleh diterapkan kepada anak-anak anda dengan hanya memasang VCD dan membiarkan anak-anak menonton sambil bermain.

Kandungan:
Latih tubi:

Menyebut A B C
Lagu A B C
Lagu menyebut A B C
Mengira 1 2 3
Lagu 1 2 3
Count one two three
Sing one two three
Menyebut Alif Ba Ta
Nasyid Alif Ba Ta
Mengira dalam bahasa Arab








Friday, April 8, 2011

Hutan Lipur Lintang

salam,

2 minggu lepas kami mandi-manda kat air terjun ni..sebenarnye syafiq tak sihat time ni tapi mama rasa boring, lagipun dah lama tak bawak anak2 mama jalan2..siddiq & syafiq mmg tak penah pun g sungai..laut selalu gak pegi tapi tak penah mandi pun..sian anak2 mama.....mak uda bwk syafiq berendam..mula2 syafiq takut tp lama2 dia suka pulak main air..siddiq pulak sampai2 badan dah panas (jangkit dari syafiq)mama pujuk siddiq mandi at least sejuk la badan tu...bila dah duduk dalam air haa kemain suka lg..sampai tak nak keluar siap gigil2 lagi.

ok layan pic dulu






syafiq dgn pak uda..papa tak ikut ada hal lain..tima kasih pak uda sbb bwk syafiq g piknik heheheheh


siddiq dengan kakak ika


banyak lagi gambor depa ni tp cukup la kot...sebenarnye malas nak edit2 kekekeke

Thursday, April 7, 2011

semangat baru

alang2 dah tukar kulit ni..buleh le nak type entry sikit hehehehe....berpinar2 dah mata sebab nak mencantikkan blog ni haa..kunun huh...nanti sambung lg la entry ni..nak balik sudah..bye

ok ari ni nak sambung lagi..alkisahnye macamana timbulnye semangat nak ber entry balik ni kan..penah tanya sorang blogger Asfaliza aka officemate aku..aku tanya dia

aku :macamana nak naikkan semangat untuk berblog ni ya as?
as : letak je iklan nuffnag nanti rajin la masuk n update
aku : waaa ye ke best gak ni

setelah 2-3 minggu belalu baru aku tergerak nak tukar skin blog aku ni...itu pun bukan sebab nuffnag pun..sebab aku ada reason tersendiri jugak...nanti ya kawan2.. saya nak cuba berbusiness jugak dalam masa terdekat ni..insyaAllah doakan ya

pasal nuffnag tu telah berjaya pun saya register..yeayy suka sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

MyWorld,MyLife,MyBiz Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template