Mencari Aku ???
Aku bukan apa yang dilihat..aku bukan lemah seperti yang dipandang,
aku bukan aku yang sebenarnya...didalam aku punyai pelbagai watak yang berbeza..
aku bukan perempuan yang lembut..didalam aku punyai kekerasan yang bisa..
aku jua bukan perempuan keras ..kerana didalam aku punya kelembutan yng mengoda.
aku bukan wanita lemah..kerana didalam aku punyai kekuatan yang tersendiri,
aku bukan perempuan kuat kerana didalam aku punyai kekurangan yang tidak sempurna
aku bukan perempuan cantik kerana didalam aku punya keburukan yng menakutkan,
aku bukan perempuan hodoh, kerana didalam aku ada kecantikan yng tak dapat ditandingi,
aku bukan kekasih yang setia, kerana didalam aku punya seribu teman istimewa
aku bukan kekasih yang curang,kerana didalam aku punya satu hati milik seseorang,
aku bukan isteri solehah kerana didalam aku ada sifat yang mencurigakan,
aku bukan isteri yng durhaka kerana didalam aku punya kesetian yang tiada tolok tandingnya,
aku bukan anak yng baik kerana didalam aku ada kedegilan yang mengila,
aku bukan anak yng jahat kerana didalam aku punya cinta agung buat ibu dan bapa,
aku bukan seorang ibu yng mithali kerana didalam aku punyai kekurangan yng tiada bertepi.
aku bukan ibu yang kejam, kerana didalam aku punya kasih dan sayang yang amat dalam,
aku bukan adik yang bijak, kerana didalam aku aku ada kebodohan yng ketara,
aku bukan adik yng bodoh kerana didalam aku ada kebijaksanaan yang tak terbatas,
aku bukan kakak yng baik kerana didalam aku punyai sifat yang jelik,
aku bukan kakak yanng kejam kerana didalam aku ada kasih yng mendalam,
aku bukan kawan yang baik kerana didalam aku ada suara cemburu yang berdetik
dan aku bukan kawan yang membenci kerana didalam aku ada kasih yang sangup berkorban..
dan aku bukan lah sempurna kerana didalam aku punya pelbagai watak,pelbagai rasa,pelbagai gaya..
kelemahan aku tidak mampu membenci,tidak mampu berdendam,apatah lagi melihat pada airmata..
namun kekuatan aku adalah kasih sayang,kunci keikhlasan dan tak pernah mengharapkan balasan
kerana aku tau dan yakin akan ketentuan Tuhan suatu suratan..
dan aku tetap aku masih mencari siapa aku ...antara realiti kehidupan yng sementara ini..
aku masih lagi mahu belajar mengenal diri..
tika pena ku menulis apa yang terpancar dari kotak fikiran ku..
aku mula fahami tiap waktu yangg berlalu tidak mungkin akan kembali..
tiap apa yng berlaku pasti ada penyebabnya antara rela dan paksa,
antara ikhlas dan pura-pura,lihat diri dicermin adakah aku manusia sempurna?
adakah aku wanita mulia? dimana keikhlasan aku sebenarnya..
didalam tawa ku atau deraian airmata?
didalam khilafku atau tika ego menguasai jiwa?
kini aku berdiri dikaki sendiri ...pemikiran ku jauh menyusuri tiap batas masa yng tersembunyi..
dalam lengokan bayu..dan sejuknya angin malam aku mula merasai ..
hidup ini sekadar satu impalan ...dan hanya bayangan bilamana aku dikuburkan....
dan aku bukan nya serikandi terpuji kerana untung nasib ku masih lagi..
menjadi rahsia ILAHI..
By Qaseh Aju
for mothers out there...arjuna beta - fynn jamal
9 years ago
0 comments:
Post a Comment